Jumat, 28 Februari 2014

Adakah selamat untuk melakukan hubungan seks semasa hamil?

Ya. Jika kehamilan anda tidak bermasalah, tiada sebab mengapa anda dan suami anda tidak boleh melakukan hubungan seks. Penyumbat mukus tebal yang menutup serviks anda membantu mencegah bayi anda daripada jangkitan. Sak amnion dan otot-otot uterus (rahim) anda yang kuat juga memastikan bayi anda selamat. 

Zakar suami anda langsung tidak akan merosakkan bayi semasa anda berasmara. Anda mungkin merasakan bayi anda bergerak kencang buat seketika selepas anda orgasma. Anda tak perlu bimbang. Bayi anda hanya bertindak balas terhadap pukulan hebat jantung anda. Bayi tidak tahu apa yang sedang berlaku dan tidak merasakan sebarang ketidakselesaan. 

Terdapat beberapa keadaan di mana anda mungkin perlu berhati-hati semasa berasmara. Jika anda mempunyai sebarang pendarahan atau penitikan darah pada awal kehamilan, doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks sehingga anda mencapai 14 minggu. 

Beliau mungkin juga akan menasihatkan bahawa adalah baik jika anda tidak melakukan hubungan seks untuk sepanjang kehamilan anda jika anda mempunyai:

Anda mungkin pernah diberitahu bahawa melakukan hubungan seks di peringkat lewat kehamilan boleh mencetuskan kelahiran, kadangkala sebelum bayi anda bersedia untuk dilahirkan. Ini adalah satu mitos. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa tiada kaitan antara hubungan seks semasa kehamilan dan kelahiran pramatang. Namun, besar kemungkinan bahawa hubungan seks secara kerap semasa kehamilan menyebabkan anda tidak akan melahirkan secara pramatang! 

Jika anda mempunyai sejarah bersalin pramatang, situasi adalah sebaliknya. Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks pada trimester terakhir kehamilan. Ini supaya mengelakkan kemungkinan proses kelahiran dicetuskan akibat hormon "rasa-nyaman" oksitoksin yang dikeluarkan semasa hubungan seks. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar